Premium

Inilah Satu-Satunya Negara Yang Menggunakan 9 Matawang

Inilah Satu-Satunya Negara Yang Menggunakan 9 Matawang


Satu-satu negara yang menggunakan 9 matawang yang tidak pernah lagi terjadi kepada negara lain iatu negara Zimbabwe disebabkan akibat Hiperinflasi. Pada tahun 1980, ketika dolar Zimbabwe diperkenalkan, nilainya adalah setara dengan dolar Amerika. Namun setelah 29 tahun kemudian, dolar Zimbabwe kini tiada nilainya. 

Kegagalan ekonomi dan inflasi yang tersangat teruk di Zimbabwe telah menyebabkan matawang dolar Zimbabwe kini telah digantung selama-lamanya.


Zimbabwe juga mempunyai wang kertas yang terbesar yang mempunyai jumlah "0" terbanyak di dunia. Jika dahulu kita mempunyai wang kertas terbesar iaitu RM1000, Zimbabwe mempunyai wang kertas 100 bilion kali ganda lebih besar, iaitu Z$ 100,000,000,000,000.
Wang kertas 100 trilion dolar Zimbabwe ini tidak mampu untuk membayar tambang bas.

Pada tahun 2019, mata wang dolar Zimbabwe telah digantung buatselama-lamanya disebakan oleh hiperinflasi. Bagi menggantikan matawang dolar Zimbabwe yang telah lumpuh, kerajaan Zimbabwe telah mengguna pakai 9 matawang asing, dan sah menjadi negara yang menggunakan watawang yang paling banyak sebagai matawang yang sah.


Antara termasuklah dolar Amerika ( US$ ), dolar Australia ( A$ ), Euro (
€ ), rand Afrika Selatan ( R ), pula Bostwana ( P ), pound sterling UK ( £ ) rupee India(₹), yuan China (元/¥), dan yen Jepun(¥). Segala transaksi rasmi oleh kerajaan Zimbabwe menggunakan dolar Amerika.


Sejak tidak menggunakan lagi matawang dolar Zimbabwe bermula tahun 2009, dan menggunakan 9 matawang asing tersebut, satu usaha oleh kerajaan Zimbabwe dilakukan dimana ia menawarkan pertukaran akaun deposit lama kepada dolar Amerika. Setiap 175 quadrillion (175,000,000,000,000,000) dolar Zimbabwe, akan diberikan sebanyak 5 dolar Amerika bersamaan RM21.



Pada tahun 2014, Zimbabwe telah mengeskport barangan bernilai USD2.5 billion (RM10.50 billion) dan mengimport barangan bernilai USD6.5 billion (RM27.3 billion) menyebabkan ia menjadi perdagangan negatif. Wang yang keluar lebih tinggi berbanding wang yang masuk mengakibatkan kekurangan wang tunai.
Masalah ini tidak dapat ditanggani oleh Zimbabwe, dan mereka juga tidak dibenarkan membuat pinjaman dari Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa, yang telah menggantung pelan pinjaman Zimbabwe akibat daripada kegagalan ekonomi negara itu.
Jadi, pada tahun 2016, kerajaan Zimbabwe telah melakukan satu usaha, dengan memperkenalkan wang kertas untuk matawang-pseudo baru sebagai solusi kepada masalah kekurangan wang tunai tersebut dan meningkatkan eksport. Ia dipanggil sebagai "wang bon", dan dikeluarkan oleh Bank Rizab Zimbabwe sebanyak 10 juta dollar dalam bentuk $2 dan $5 yang sah digunakan di negara-negara Afrika Selatan.
Ketika dikeluarkan, nilainya adalah setara dengan nilai dolar Amerika(1:1). Matawang ini dikatakan menambahkan lagi kekeliruan di Zimbabwe dan mendapat tentangan dari penduduk tempatan yang membuat demonstrasi membantah pengenalan wang bon tersebut.
Dan bagi meningkatkan aktiviti eksport, kerajaan Zimbabwe menawarkan bonus $5 wang bon bagi setiap $100 eksport. Wang bon ini juga mempunyai had pengeluaran kepada $50 sehari, dan $150 seminggu bagi mengelakkan nilainya menurun daripada nilai yang dimahukan iaitu 1:1 dengan USD.
Namun kini nilai wang bon itu dikatakan sudah mula menurun akibat daripada keengganan sesetengah penjual atau kedai menggunakan dan menerima wang tersebut. Stesen-stesen minyak juga dikatakan menaikkan caj kepada mereka yang mahu menggunakan wang bon.
Juga terdapat laporan mengatakan peniaga wang di pasaran gelap (black market) meminta wang bon sebanyak $1.25 bagi pertukaran dengan USD1. 
Menurut Evans Rutate, pengawal kredit rangkaian kedai pakaian Afrika Selatan, wang bon ini adalah petanda kepada pengakhiran pemerintahan Robert Mugabe dan parti politik yang sedang memerintah, Zanu-PF.
Inilah Satu-Satunya Negara Yang Menggunakan 9 Matawang Inilah Satu-Satunya Negara Yang Menggunakan 9 Matawang Reviewed by ridhwan on November 22, 2018 Rating: 5

No comments:

kekasih

Powered by Blogger.