Pra Diploma UiTM : Kemasukan Bagi Sesi Mac 2024



Bagi mereka yang telah habis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berminat untuk menyambung ke Pra Diploma UiTM, anda boleh membuat permohonan segera bagi kemasukan sesi Mac 2024.

Apa Itu Pra Diploma UiTM

Program Pra Diploma ini adalah salah satu initioatif UiTM yang memberi laluan khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam iaitu pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma.

Selain itu, program ini juga adalah bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu, Orang asli dan Anak Negeri Sabah/Sarawak di bandar dan luar bandar.

Bagi mereka yang telah tamat menjalani program pra, para pelajar akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing.

Peluang ini juga dapat membantu pelajar supaya dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Program Yang Ditawarkan

Bagi Program yang ditawarkan di peringkat pengan ini adalah :

  1. Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003)
  2. Pra Diploma Sains (AS007/AS008)
  3. Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002/AS003)
  4. Pra Diploma Agrateknolgi (AT001/AT002)
  5. Pra Diploma Pengajaian Islam (IC001/IC002)

Syarat Kemasukan Pra Diploma UiTM Sesi Mac 2024

Bagi syarat kemasukandi peringkat pengajian ini adalah :

  1. Permohonan hanya terbuka kepada calon lepasan SPM sahaja
  2. Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang Asli Semenanjung Sahaja
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon
  4. Tidak pernah disabit kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu atas jenayah yang dilakukan
  5. Calon pernah belajar di UiTM dan telah diberhentikan atau gugur taraf tidak dibenarkan memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini :
  6. permohonan akan terbatal sekiranya didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan tersebut
    • kewarganegaraan Malaysia
    • Status melayu/anak Negeri sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang aslisemenanjung
    • Kelayakan/keputusan peperikasaan SPM

Cara Memohon Kemasukan Pra Diploma UiTM

Permohonan boleh dibuat menerulangkah-langkah berikut :

  1. Dapatkan nombor pin di pautan ini - https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfG2g8Zcgrg_fwO14fh6mhqhwpEQ-Qj44vk9lvnvQie5n5PKA/viewform?pli=1
  2. No pin kemudiannakan dihantar ke emel pemohon
  3. Layari laman web - https://online.uitm.edu.my/pra/
  4. Isi No. Kad pengenalan pemohon dan no pin
  5. lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen sokongan permohonan

Dokumen Yang Diperlukan Dalam Sokongan Permohonan

Dokumen sokongan permohonan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut :

  1. Salinan kad pengenalan pemohonan/ibu/bapa.
  2. salinan sijil kelahiran pemohonan/ibu/bapa.
  3. salinan SPM.
  4. salinan SPM ulangan (jika berkaitan).
  5. Salinan penyata gaji ibu/bapa.
  6. Surat atau borang pengesahan status pekerjaan/pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip/penyata gaji/tidak bekerja/suri rumah
  7. Salinan sijil kematian (jika berkaitan).
  8. Salinan surat penceraian ibu bapa (jika berkaitan).
  9. Salinan kelulusan / slip bantuan kewangan kerajaan persekutuan/negeri yang terkini (jika berkaitan).
  10. Salinan sijil anak angkat/ cabutan maklumat dalam cip kad pengenalan/ MyKad (jikan berkaitan).
  11. Salinan penyata cukai syarikat (jika berkaitan).
  12. Salinan sijil/pengiktrirafan sukan tertinggi dan terkini (Laluan Atlet).
  13. Dokumen dokumen lain (Kad OKU,Kad Pencen ibu bapa/Penyata Pencen ibu bapa). 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pra Diploma UiTM : Kemasukan Bagi Sesi Mac 2024, sila layari laman web - https://sites.google.com/uitm.edu.my/prauitm?fbclid=IwAR0yJ3kOGkjVJrgdPHuNICqg4fgZYwj4UyKBuTqwzpIC8bFAz2o_71Q0mOw&pli=1

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3