Cara Hilangkan Penyakit Panau Dengan Mudah Dan Berkesan


Penyakit panau adalah salah satu penyakit kulit yang membuatkan seseorang terasa gatal pada kulit yang terkena panau. Ramai juga yang pasti telah terkena penyakit ini, namun tidak semua tahu cara hilangkan panau dengan cara yang mudah.

Kita tahu bahawa sekarang ini sangat mudah untuk kita mendapatkan ubat dari hospital dan farmasi-farmasi yang berdekatan. Namun, bagaimana pula dengan mereka yang jauh dari bandar, pasti akan kesulitan untuk mendapatkan ubat tersebut.

Disini kami akan kongsikan beberapa cara untuk hilangkan penyakit panau.



Cara Hilangkan Penyakit Panau

1. Bawang Putih

Menggunakan bawang putih untuk hilangkan penyakit panau adalah cara yang mudah untuk dilakukan. Cara menggunakannya adalah :

Pertama sekali, ambil bawang puting beberapa ulas dan kupas kulit. Lepastu hempuk bawang putih. Kikis pelahan-pelahan bahagian kulit yang terkena panau dengan benda sehingga terasa sedikit rasa pedih (pastikan kulit dalam keadaan kering dan bersih).

Setelah itu, sapukan bawang putih di bahagian kulit terkena panau tadi dengan perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau 2 hari sekali.


2. Limau dan Kapur

Limau dan kapur adalah bahan alkali yang mampu untuk meneutralkan kadar pH pada kulit yang mungkin dapat menghilangkan panau denagan cepat.

Caranya adalah campurkan sahaja limau dan kapur kemudian titiskan sedidik demi sedikit dan sapukan ia pada kawasan kulit yang tersjejas.


3. Lidah Buaya

Bagi mereka yang belum tahu bahawa lidah buaya atau aloe vera juga adalah salah satu penawar maslah kulit yang sering digunakan.

Caranya adalah sapukan gel tumbuhan pada kawasan kulit yang terjejas dan biarkan seketika. Lakukan proses ini beberapa kali dalam sehari.


4. Halia atau Lengkuas

Halia dan lengkuas adalah berbeza namun kedua-duanya boleh menghilangkan panau secara tradisional.

Caranya adalah anda perlu memotong atau menghiris halia atau lengkuas tersebut, lalu sapuka perlahan-lahan pada kulit yang bermasalah panau.


Pastikan anda tidak mandi dalam keadaan berpeluh, kerana mandi berpeluh akan mengakibatkan panaudari kesan peluh tersebut. Jangan makanan makanan yang boleh mengakibatkan panau tersebut bertambah banyak, contohnya telur, udang, ketam dan lain-lain (untuk pemakanan ini tengok dari jenis kulit orang juga kalau tak berkesan, sebab kadang ada sesetengah orang, kulit yang terjejas panau akan terasa gatal.)

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3