[VIDEO] 'Minta Intan Hentikan Drama Air Mata' - Ude Wahid dan Intan Liana Sah Bercerai



Isu kontroversi yang melibatkan Ude Wahid, Intan Liana dan Izreen Azminda sejak kebelakangan ini sering menjadi bualan hangat netizen. Ramai yang bersimpati dengan nasib Intan Liana yang awalnya di madukan dan ditambah pula nasib yang menimpa Intan apabila Ude Wahid memfailkan penceraian terhadap Intan Liana November lalu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Ude Wahid dan Intan Liana sah bercerai talak satu selepas lafaz cerai di buat Ude Wahid pada 9.50 pagi tadi.


Intan Liana Redha Selepas Sah Bercerai Dengan Ude Wahid Di Mahkamah



Sah Bercerai Talak Satu





Ketika ditemu bual oleh wartawan Harian Metro, intan memberi respon bahawa dia redhadengan takdir Allah SWT, dia terima setakat ini sahaja jodohnya bersama Ude Wahid. Peguam Intan ada memberitahu bahawa akan memfailkan hak-hak yang bakal dituntut di mahkamah. Setakat ini anak-anak masih dibawah jagaan Intan Liana. Intan juga bersyukur dengan sokongan orang ramai terhadapnya.

Sementara itu, setelah sekian lama mendiamkan diri Ude pula menjelaskan masalah rumahtangga antara menreka berdua sudah timbul sebelum 'berkahwin dengan Izreen Azminda lagi. Katanya lagi, banyak perkara yang dikatakan Intan sebelum ini di media adalah tidak betul dan sudah menjatuhkan namanya.

Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan itu, orang ramai memandang negatif dan melebelkannya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Dia juga menegaskan Izreen Azminda bukanlah punca mereka bercerai.


Sumber : Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3