"Al-Fatihah" Pergimu Tiada Penganti, Pak Ngah...

"Al-Fatihah" Pergimu Tiada Penganti, Pak Ngah...


Pemergian Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah telah memberi kesan
yang sangat mendalam buat industri muzik terutamanya Irama tradisional. Difahamkan arwah
meninggal dunia berpunca akibat kegagalan jantung ketika berada di Batam, Indonesia.

Nama Pak Ngah tidak asing lagi dalam dunia muzik tradisional dan dia telah bekerjasama dengan ramai penyanyi tanah air termasuk Datuk Sri Siti Nurhaliza, Mas Idayu, Noraniza Idris dan ramai lagi. Ini adalah antara ucapan takziah dan perkongsian kisah memori manis artis  sepanjang bekerjasama dengan Pak Ngah.

Mengangkat Lagu Tradisional Tanpa Jemu




Redup langit hati, mendung dunia rasa. Hayatnya berakhir di tanah seberang, namanya gemilang di setiap hati mengenang. . Mana mungkin melupakan ini; -Seharian di rumahnya, berbuka puasa sehingga ke waktu sahur, bercerita dan berbincang untuk konsert pertama @ctdk pada tahun 1999. -Seminggu, kami akan saling bertemu 2 atau 3 kali hanya untuk mendengar celoteh, berbincang atau hanya bersenda kala di meja makan. -3 hari datang ke Jerkoh dan Kuala Lipis menghadiri majlis perkahwinan saya dahulu. -Kami bersama-sama dalam banyak acara, persembahan, pertandingan dan juga ke luar negara. Idea dan buah fikirnya sentiasa berbunga dan subur. Tidak lokek berkongsi dan menterjemahkannya bersama-sama. -Sifat kebapaan yang sangat kuat walaupun beliau mesra dengan cara bergurau, kalau bergurau kasar sekalipun, kita mengelekek ketawa. -Mesej-mesej bertanyakan khabar, kesihatan dan juga keprihatinan dalam seni pasti kekal dalam lipatan. -Karya-karya indah yang akan terus dikenang, tidak ada satu pun yang saya tertinggal kala di dalam studio bersamanya. -Ajaklah ke mana-mana majlis, jika tiada halangan, beliau akan hadir. -Serius dalam mempertahankan pendapatnya, rajin dalam mengerjakan apa jua dan mengangkat lagu-lagu tradisional tanpa jemu. -Banyak sebenarnya yang tak tertulis, semuanya kekal menjadi kenangan TERMANIS. -Al-Fatihah buat Pak Ngah. Semoga Pak Ngah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Damailah di sana, kami relai rindu dengan doa, moga Allah mengampuni secara silap salah Pak Ngah dan diangkat segala amalan kebaikan. . Semoga Mak Ngah, Rina, Megat dan keluarga tabah dengan pemergian Allahyarham Suhaimi Mohd Zain.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Dia Pencetus Irama Tradisional




Innalillahi waina illahi rojiun. Al Fatihah buat pejuang irama wira negara @pakngahsuhaimi . Selamat jalan dengan tenang ke dunia abadi.. . Perginya arwah sebagai seorang pejuang negara yg mempertahankan irama malaysia sebagai irama jatidiri rakyat msia. Kita patut bangga dengan jasa2nya bukan hanya kerana dia pencetus irama ini saja. Satu2nya wira negara yang pernah mengharumkan nama negara & tercatat dlm sejarah industri muzik malaysia dan luar negara yg masih menghargai karya2nya . Kita kehilangan permata negara yg sgt besar ertinya dlm hidup kita. . Halalkanlah makan minum sepanjang mendidik.. @pakngahsuhaimi adalah mentor, sifu, idola, selagi ada perkataan terhebat itulah yang sentiasa tersemat dalam hati paling dalam sekali.. . Terima kasih bersama sebagai penggerak dlm industri ini. . Semoga @pakngahsuhaimi ditempatkan bersama orang2 beriman. Semoga Allah mengampunkan segalanya. Amin Ya Rabbal Alamin
A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on

Terima Kasih Atas Nasihat Dan Tunjuk Ajar




Innalillahiwainnailaihirojiun.. . Suhaimi Mohd Zain atau kita kenali sbg pak Ngah.. kini telah kembali kepada Pencipta.. . Cinta dan perjuangan PakNgah dalam memperkasakan irama melayu tiada siapa mampu menyangkalnya.. dan saya percaya beliau amat berharap akan ada penyambung perjuangannya agar tidak mati irama melayu di bumi sendiri.. 😥 . Saya pernah bekerjasama dgn PakNgah utk bbrp kali dan lagu ciptaanNya utk saya yg melekat dihati saya ialah lagu hari raya GEMA LEBARAN.. 😥 . Terima kasih pakNgah diatas segala nasihat dan tunjuk ajar kpd saya selama ini. Moga arwah ditempatkan bersama HambaNya yg soleh dan baik disisi Allah. . . Teman2 semua, Utk hanya seminit dua.. marilah kita sama sama sedekahkan AlFatihah buat Suhaimi Mohd Zain moga rohnya dicucuri Rahmat yg Maha Esa. Amiiiinn.. . ALFATIHAH..
A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Pemergianmu Pada Hari Lahir 




26.09.2018 . Happy Birthday @pakngahsuhaimi yang ke 60 . AlFatihah buat @pakngahsuhaimi . . Happy birthday juga buat suamiku #hajijeffriimanhajihoodi yang ke 59, semoga beroleh kesejahteraan utk abg dunia dan akhirat. . . Dua insan penting dalam hidup sy telah berkongsi tarikh lahr yang sama hari ini. Hari penting untuk disambut dalam suasana yang tak tentu rasa. . . @pakngahsuhaimi Sememangnya harini menjadi sejarah buat semua rakyat Malaysia kerana kita kehilangan sebutir permata negara yang banyak menaburkan baktinya utk selama2nya . Pemergiannya di ambang tahun kelahirannya yg ke60. Perjuangannya jelas . Saat #iramamalaysia masih terkapai2 memerlukan kehadirannya, dia pergi meninggalkan kita buat selama2nya. Reda.. dan terus reda. Sampai masanya dia pergi dan kami telah sedia reda. . Untuk suamiku #hajijeffriimanhajihoodi maaf kerana tidak dapat menyambut hari lahir mu harini seperti tahun2 lalu dengan penuh keceriaan. @pakngahsuhaimi telah lebih awal beri kita semua satu kejutan yang sgt hebat utk sambutan hari lahir harini. Harini adalah hari terakhir kita berpeluang menatap wajah terakhir @pakngahsuhaimi sekiranya berkesempatan di masjid kg baru Kuala Lumpur tengahari ini. . Dikhabarkan jenazah arwah @pakngahsuhaimi akan dibawa menerusi feri dari tanjung pinang menuju ke pasir gudang. 2 jam menerusi laut dan sampai dijohor terus ke KL menuju ke masjid kg baru. Jika semua rakyat malaysia yg ingin menyambut ketibaan jenazah jemputlah datang memberi penghormatan terakhir utk arwah. Ampunkan segala setiap urusannya sepanjang hayatnya. Halalkan segala urusan kita dengannya. Semoga @pakngahsuhaimi dapat menemui Pencipta dengan setenang2nya dengan iringan restu dan sedekah2 AlFatihah kalian. . Arwah @pakngahsuhaimi dikabarkan akan dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Ampang jika spt maklumat diterima. . Selamat jalan @pakngahsuhaimi .. 🌹kami terus iring dengan yasin dan tahlil untukmu seawal subuh ini. Semoga @kassimsharifah dan seluruh keluarga besar @pakngahsuhaimi tabah dengan pemergiannya. Kuatkan semangat makngah @kassimsharifah . Semoga Allah terus menjaga @pakngahsuhaimi dalam kesejahteraan. Takziah dari kami sekeluarga. . #salamtakziah
A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on


Rindu Gurau Senda 

Sementara itu, Datuk Sri Siti Nurhaliza adalah antara penyanyi yang rapat dengan
 Allahyarham Pak Ngah kerana sudah banyak kali berkerjasama dan Pak Ngah
menghasilkan lagu buat penyanyi itu. Penyanyi lagu Cindai ini mengagumi
semangat pak Ngah yang tidak pernah jemu berjuang dalahm muzik tradisional.

Perkara yang paling saya rindui ialah gurau senda dan tawa komposer yang turut mencipta beberapa lagu raya yang sehingga ke hari ini masih diterima ramai seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Anugerah Aidilfitri dan Air Mata Syawal.
Beliau antara insan yang mula-mula menjaga saya dan bekerjasama dalam menghasilkan lagu-lagu tradisional. Saya doakan Allahyarham pergi dalam keadaan husnul khotima.

Turut diakui, pemergian Pak Ngah adalah satu kehilangan besar buat industri muzik
tradisional. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Pak Ngah semoga rohnya bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin


Sumber : kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3