Permohonan Kemasukan Tahun Satu Online Sesi 2019/2020


Permohonan Kemasukan Tahun Satu Online Sesi 2019/2020. Untuk makluman, kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang lahir pada tahun 2012 dan 2013. Pendaftaran murid tahun satu (1) ambilan tahun 2019 dan tahun 2020 boleh dilakukan pada bulan Mac sehingga April 2018. Permohonan kemasukan Murid Tahun Satu ini boleh dibuat secara online untuk sekolah di semanjung. Manakal untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pemohon perlu datang atau hadir sendiri ke sekolah berkenaan untuk membuat pendaftaran.

Borang pendaftaran Murid Tahun Satu Sesi 2019 Dan 2020 Online akan dibuka secara online bermula dari 1 Mac 2018 di sistem pendaftaran atas talian ( SPATKPM - public.moe.gov.my ). Untuk negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah melalui sekolah secara manual.


Permohonan Kemasukan Tahun Satu Online Sesi 2019/2020


Berikut adalah dikongsikan panduan dan cara membuat Permohonan Kemasukan Tahun Satu Online Sesi 2019/2020 bagi secara online adalah untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Maklumat yang dikongsikan adalah termasuk tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.


Murid Yang Layak Mendaftar Kemasukan Tahun 1 2019/2020

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah Warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
  • 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 ( Untuk kemasukan ke sesi persekolahan 2019 )
  • 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 ( Untuk persekolahan tahun 2020 )

Cara Mendaftar Murid Tahun Satu Sesi 2019/2020

Pendaftaran murid Tahun Satu boleh dibuat seperti yang berikut :

1. Negeri-negeri Semenanjung Malaysia

 Aplikasi Permohonan atau Pendaftaran secara atas talian / online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian ( SPATKPM ) Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM )  di pautan yang berikut :
 Klik disini =>  https://public.moe.gov.my/

Cara mendaftar secara online :
  1. Layari laman web SPATKPM 
  2.  Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan kad pengenalan dan kata laluan 
  3. Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA.
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :
  1. Maklumat prasekolah atau tadika
  2. Profile kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

2. Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa cetakan dokumen tersebut ke sekolah yang hendak dipohon iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat. dokumen-dokumen berikut yang perlu dibawah bersama adalah :
  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan ( Salinan asal serta 1 salinan )
  2. Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga  ( Salinan asal serta satu salinan )
  3. Surat nikah atau surat cerai ( Salinan asal serta satu salinan )
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU ( Jika berkaitan )
  7. Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi.

3. Untuk Negeri Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan : Cara Mendaftar Secara Manual

  • Permohonan pendaftaran ke Tahun 1 hendaklah dibuat melalui borang manual di mana ibu bapa atau penjaga perlu hadir ke sekolah yang ingin dipohon.

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :

  • E-mel - admin_spatkpm@moe.gov.my
Untuk pertanyaan berkaitan maslah teknikal sahaja, sila hubungi :

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA,
Unit ICT,
        E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Diucapkan selamat membuat permohonan pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2019/2020 secara online dan secara manual. Semoga permohonan pendaftaran dibuat dengan berjaya.
 
 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3