Pemilik Kedai Dobi Terpaksa Akur Dengan Titah Sultan Johor...



 Minggu lalu, viral di media sosial mengatakan salah satu kedai dobi membenarkan untuk orang islam sahaja dan yang bukan orang islam tidak dibenarkan menggunakan dobi tersebut.

 Kenyataan kedai dobi tersebut telah membawa ke pengetahuan Sultan Johor. Setelah Sultan Johor mengetahui dengan kenyataan tersebut dalam negerinya, beliau mengarahkan pemilik kedai dobi untuk menutup kedai atau keluar dari negeri tersebut.

 Menurut Sultan Johor, Pemilik kedai dobi boleh meninggalkan negeri ini sekiranya masih meneruskan dasar itu.

"Saya cadangkan dia buka kedai di Afghanistan, tambahnya".


Pemilik kedai dobi akur akan Titah Sultan. 


Perkongsian di petik dari Harian Metro


PEMILIK kedai dobi yang mencetuskan kontroversi berhubung tindakannya meletakkan papan tanda untuk Muslim di Muar akur titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Pemilik kedai dobi berkenaan menyatakan kesungguhannya itu dengan menarik semula papan berkenaan.
“Saya akur dengan titah tuanku (Sultan Ibrahim) dan sudah menarik semula papan terbabit,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Sementara itu, Sultan Johor menerusi laporan eksklusif sebuah akhbar berbahasa Inggeris dilapor murka serta menitahkan supaya kedai dobi hanya untuk Muslim di Muar supaya segera menghentikan amalan diskriminasi atau baginda sendiri akan menutup perniagaannya.
Baginda dilapor turut menitahkan pengerusi jawatankuasa hal ehwal Islam, Abdul Mutalib Abd Rahim, Majlis Agama dan Majlis Daerah untuk menyiasat perkara itu.
Isu berkaitan dobi berkenaan menjadi tular minggu lalu apabila ia dikhaskan kepada pelanggan Islam saja.
Berdasarkan gambar yang tular di laman sosial, tertera perkataan Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja dan Kasut Sila Tanggalkan Di Luar pada papan tanda terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3