Sedih - "Empat Isteri Tak Mampu Jaga Suami", Tidak Seperti Anak




Menerusi foto yang telah dimuatnaik oleh Dr Norzizi di instagram (IG) pagi semalam, dia mengabadikan gambar sedih kerana menangis bersama bapanya.

Dr Norzizi, 43, berkata dia sekadar berkongsi kesedihan di sisi bapanya yang juga pelkon dan seniman veteran, Datuk ulkifli Zain, 75, dirawat di hospital.

"Papa memang selalu berpesan. Cuma barangkali pagi tadi yang cukup hening buat kami berdua dan dia pun berpesan macam-macam.

"Saya pula jarang nangis, jadi sedihlah. Apapun, alhamdulillah papa bukan kratikal. Dia stabil dan sakit sikit saja, " Kata pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.

Dengan kapsyen ditulis, selepas sarapan pagi, sekali lagi papa ulang suruh beritahu adik dia ucap terima kasih.

" Kata papa, empat isteri pun  tak mampu jaga macam mana anak uruskan dia dan mama. Macam-macam lagilah yang dia cakapkan.

Jadi, saya ambil telefon minta papa cakap sendiri pada adik semua. Saya rakamkan video papa itu " - katanya.

Katanya, video pesanan yang dirakam itu membuatkan dia tidak mampu menahan sebak dan sangat sedih hingga menangis.

Zulkifli sebelum ini pernah diserang penyakit angin ahmar menyebabkannya lumpuh tangan serta kaki kirinya.

Sumber : Harian Metro


Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengesan Minyak Enjin Tiruan

Doa Yang Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Seorang Yang Kaya Raya

Telefilem Arafah TV3